
PENGERUSI Surau Alfalah, Danau Kota, Haji Rahim Said (kiri) bersama ahli kariah surau itu yang menyertai program penanaman pokok di kawasan surau tersebut baru-baru ini.
---------------------------------------------------------------------------------------Petikan Utusan Malaysia Online 20 April 2011
BUMI HIJAU
SEMPENA Program Penanaman Pokok Teduhan Peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini, projek yang sama turut diadakan untuk kawasan Parlimen Wangsa Maju.
Program tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diadakan di kawasan lapang Surau Alfalah, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
Penduduk kariah surau berkenaan turut bersama-sama menjayakan program berkenaan dengan kerjasama para penduduk Wangsa Maju, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelajar kolej berhampiran.
Pogram penanaman pokok ini adalah sebagai menyokong tema sambutan Hari Landskap Negara 2011 iaitu ‘1 Malaysia Negara Taman’.
Pihak DBKL menyediakan benih pelbagai jenis pokok pokok untuk ditanam serta keperluan penanaman pokok, di samping menyediakan minuman pagi dan makan tengah hari.
Kesemua mereka yang mengambil bahagian menyifatkan program tersebut amat bermanfaat. Menurut mereka, pokok yang ditanam bukan sahaja mewujudkan suasana teduh tetapi juga suasana kehijauan sekeliling.
No comments:
Post a Comment