Monday, 31 October 2011

JADUAL CERAMAH MADRASAH ISLAHIYAH ADDINIYAH TAMAN IBU KOTA (JIRAN SURAU ALFALAH)

6 nov 2011 (ahad), kuliah subuh, ust kamaruddin abdul hamid, kemanisan dalam beribadah
6 nov 2011 (ahad), kuliah maghrib, kapten normazlan, kelas alquran dan tajwid
7 nov 2011 (isnin),kuliah maghrib, ust mohd abdullah, kitab tauhid
9 nov 2011 (rabu), kuliah maghrib, megat amir (kagat), kitab penawar hati
12 nov 2011 )sabtu), program kaum ibu 2.45-4.00ptg, ust othman hassan, kelas quran & tajwid kaum ibu
13 nov 2011 (ahad), kuliah subuh, ust shahrul akhbar nukman, sakaratul maut
13 nov 2011 (ahad), kuliah maghrib,kapten normazlan, kelas alquran dan tajwid
20 nov 2011 (ahad), kuliah subuh, ust salman, tafsir almujadalah
20 nov 2011 (ahad), kuliah maghrib, kapten normazlan, kelas quran dan tajwid
26 nov 2011 (ahad), kuliah subuh, ybh dr zulkifli mohamad al bakri, kelebihan solat
26 nov 2011 (sabtu), program kaum ibu 2.45-4.00ptg, ust othman hassan, kelas tajwid kaum ibu
27 nov 2011 (ahad), kuliah maghrib, kapten normazlan, kelas alquran dan tajwid

Sunday, 30 October 2011

Gotong Royong Surau Danau Kota, Setapak - Petikan Utusan Malaysia


PENGERUSI Surau Alfalah, Danau Kota, Haji Rahim Said (kiri) bersama ahli kariah surau itu yang menyertai program penanaman pokok di kawasan surau tersebut baru-baru ini.
---------------------------------------------------------------------------------------Petikan Utusan Malaysia Online 20 April 2011

BUMI HIJAU

SEMPENA Program Penanaman Pokok Teduhan Peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini, projek yang sama turut diadakan untuk kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Program tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diadakan di kawasan lapang Surau Alfalah, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Penduduk kariah surau berkenaan turut bersama-sama menjayakan program berkenaan dengan kerjasama para penduduk Wangsa Maju, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelajar kolej berhampiran.

Pogram penanaman pokok ini adalah sebagai menyokong tema sambutan Hari Landskap Negara 2011 iaitu ‘1 Malaysia Negara Taman’.

Pihak DBKL menyediakan benih pelbagai jenis pokok pokok untuk ditanam serta keperluan penanaman pokok, di samping menyediakan minuman pagi dan makan tengah hari.

Kesemua mereka yang mengambil bahagian menyifatkan program tersebut amat bermanfaat. Menurut mereka, pokok yang ditanam bukan sahaja mewujudkan suasana teduh tetapi juga suasana kehijauan sekeliling.

Saturday, 29 October 2011

Bila Surau Al-Falah Ditubuhkan?


Surau ini telah dirasmikan pada 29 Syawal 1425 bersamaan 12 Disember 2006. Ianya terletak di Taman Danau Kota, Setapak. Surau ini ditadbir oleh barisan AJK yg dilantik pada 10 Mei 2008.
Senarai AJK Asal (2008)
Pengerusi - Tn Hj Rahim bin Said
Naib Pengerusi - Tn Hj Zainon Aznan bin Hashim
Setiausaha - Tn Hj Muhammat Puzi Ahmat
Bendahari - En Lodz bin Shahidan
AJK - Tn Hj Ab. Basir Kadir
AJK - Tn Hj Abdul Hamid Hashim
AJK - Tn Hj Annuar Yahya
AJK - En Abd Rahman Bakar
AJK - En Jamaludin Hamid
AJK - En Mohammad Jan bin Abdul Majid
AJK - En Roslan Tambi Chik
AJK - Pn Hjh Kamariah Alias
AJK - Pn Basiah Hj Din
AJK - Pn Hjh Hawa Awang
AJK - En Zulkhaini bin Mohd Hussain
AJK - En Hasnol Hade Hashim
AJK - En Abdul Ghafar
Pegawai
Imam - Tn Hj Mahadi Kasimin
Imam - Tn Hj Kambali
Imam - Tn Hj Abd Latif bin Bujang Masli
Bilal - Tn Hj Wan Salman Wan Ahmad
Bilal - En Alias Ali

Friday, 28 October 2011

FACEBOOK DANAU KOTA RESIDENCE


Kepada Semua Penduduk Danau Kota,

Kita mengucapkan terima kasih kepada Saudara Azman AbRahman kerana usaha beliau untuk mewujudkan satu media perhubungan FACEBOOK DANAU KOTA RESIDENCE yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk Danau Kota, Setapak. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa Kawasan Danau Kota telah menjadi satu kawasan yang bertaraf Internasional. Selain terkenal dengan UPTOWN, kini Danau Kota telah mempunyai pusat beli belah bertaraf Antarabangsa iaitu KL Festival City. Banyak negara telah mempunyai Festival City. Contohnya Dubai Festival City, Canada Festival City dan banyak lagi. Kunjungi dan jadilah ahli FB Danau Kota Residence sekarang juga.

Penduduk Danau Kota juga mesra bersama. Berikut suasana sambutan Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.